ALL PRAISE BE TO ALLAH
بسم لله الرحمن الرحيم
In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful
Berharap akan sesuatu,Sentiasa fitrah sebagai seorang manusia.
Berteman angan dan cita,
Doa dipanjat semoga wujud sinar dalam harapan.
Dalam perjalanan kearah tujuan,
Harapan sebagai teman setia.
Bila waktunya diuji oleh sang Khaliq,
Doa terus dipanjat dalam pengharapan,
Memohon,
Meminta,
Hakikat diri
Tidaklah mengetahui akan baik dan buruk pengharapanny
Namun,
Keyakinan niat menanam harapan mula kerana-Nya.
Juga akhirnya kelak,
Semoga berada dalam jagaan-Nya.
Sekian waktu menunggu,
Tiada yang berubah mahupun yang hadir,
Harapan kadang ditinggal berkubur.
Kian diri lupa
Akan Kekuasaan sang Maha Mengetahui,
Bahawa sesungguhnya,
Dia tahu akan rasa yang disimpan walau tak terungkap.
Saat tiba waktu,
Perjalanan yang diatur Al-Wakeel membuka langkah.
Tidak lambat sesaat
Comments
Post a Comment